Connect with us

Oh! Media

Rumah Selangorku Mengalami Penurunan Sebanyak RM20,000

20181023 peo amirudinbinshari chiefministerofselangor5 lyy tep 20181023170241 edgepropmy jpg

Umum

Rumah Selangorku Mengalami Penurunan Sebanyak RM20,000

Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah mengumumkan untuk menurunkan kadar jualan Rumah Selangorku sebanyak RM20,000 bagi memastikan lebih ramai lagi penduduk bandar memiliki kediaman sendiri.

Pengurangan itu dapat dilakukan melalui dasar semak semula Rumah Selangorku 2.0 yang membuatkan ia dijual pada harga permulaan RM42,000 hingga RM250,000, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

“Saya berharap pengurangan sebanyak RM20,000 ini akan memudahkan pembeli rumah yang berdepan masalah untuk mendapatkan pinjaman. Kami juga berharap lebih ramai rakyat Selangor dapat menjadi pemilik rumah melalui tindakan ini.

IKLAN

Dalam pada itu, Amirudin berkata, pemaju kini diwajib memperincikan spesifikasi unit dijual kepada pembeli bagi mengelakkan berlaku masalah tidak puas hati terhadap kemasan rumah yang dibeli seperti berlaku sebelum ini.

Walaubagaimanapun, “Bagi pemaju pula, kami mengurangkan peratusan kediaman Rumah Selangorku yang perlu mereka bina daripada 50 peratus kepada 40 peratus, selain mengecilkan saiznya daripada 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) kepada 900 kaki persegi (83.6 meter persegi) setiap unit, dan pada masa sama, mengekalkan kepadatan hingga 120 unit bagi setiap ekar (0.4 hektar),” katanya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas