Connect with us

Oh! Media

Rugi RM70,000 Ditipu Macau Scam

Umum

Rugi RM70,000 Ditipu Macau Scam

Semakin hari, samakin banyak kita dengar tentang kes ditipu oleh Macau Scam. Baru-baru ini, seorang jurutera eletronik kerugian hampir RM70,000 selepas ditipu sindiket Macau scam yang mendakwa mangsa tidak membayar cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) serta beberapa kes jenayah.

ADVERTISEMENT
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata mangsa berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita menggunakan nombor 03-6203 5601 mendakwa dia dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memaklumkan lelaki berkenaan mempunyai kesalahan kerana tidak membayar GST.

“Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa berada di Bayan Lepas, dekat sini ketika menerima panggilan telefon berkenaan dan seterusnya lelaki tersebut telah disambung talian +999052451222 kononnya dari Balai Polis Ipoh, Perak, untuk membuat semakan rekod.

“Pihak balai polis itu memaklumkan mangsa terlibat dengan satu skim cepat kaya dan beberapa kesalahan membabitkan sebuah syarikat beralamat di Ipoh, Perak, yang didaftarkan atas nama jurutera berkenaan,” katanya.

Beliau berkata mangsa pada mulanya tidak mempedulikan panggilan berkenaan namun pada pukul 5.30 petang, lelaki itu telah menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp dari talian 017-397 1149 dan individu yang mengaku sebagai Sarjan Lim menghantar ‘surat pembekuan aset’ atas nama jurutera tersebut, mengakibatkan dia menjadi panik.

Anbalagan berkata ‘Sarjan Lim’ kemudian memberitahu lelaki itu semakan semua butiran pengadu mendapati mangsa turut terlibat dengan kes lain iaitu dadah serta pengubahan wang haram.

Katanya suspek telah meminta meminta nombor akaun mangsa serta kata laluan untuk memindahkan wang bagi mengelak daripada dibeku oleh Bank Negara dan lelaki yang mengaku polis itu memindahkan sebanyak RM30,000 milik jurutera tersebut ke satu akaun.

“Selepas memindahkan wang itu, suspek menghantar satu lagi mesej menerusi WhatsApp mangsa yang kononnya surat daripada Jabatan Audit Negara dan memaklumkan supaya jurutera berkenaan membuat pemindahan duit menerusi ATM kerana terdapat masalah audit.

“Lelaki itu yang percaya terus ke ATM sebuah bank dan membuat pemindahan RM30,000 ke sebuah akaun milik seorang wanita sebelum memindahkan RM10,000 lagi ke akaun seorang lelaki bagi tujuan audit,”katanya.

Beliau berkata lelaki itu hanya menyedari dia ditipu selepas gagal menghubungi ‘Sarjan Lim’ dan kemudiannya membuat laporan polis.

“Polis sentiasa mengingatkan orang ramai agar tidak memberikan sebarang maklumat bank kepada mana-mana pihak yang selalunya menggunakan nama agensi-agensi penguatkuasa untuk menipu namun masih ada yang ditipu. Saya menasihatkan masyarakat agar lebih berhati-hati,” katanya.

Sumber: Bernama

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas