Connect with us

Satu Dunia Kenal Muka Ronaldinho. Menyamar Jadi Warganegara Paraguay?

Oh! Tidak

Satu Dunia Kenal Muka Ronaldinho. Menyamar Jadi Warganegara Paraguay?

Ronaldinho, dengar sahaja nama ini pasti semua akan terbayang aksi luar biasa lagenda bola sepak dunia yang beraksi untuk Barcelona dan Brazil.

Tapi apa yang sudah jadi dengan Ronaldinho sekarang? Jika sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan hartanya yang sudah habis dan dikatakan muflis, kini Ronaldinho dilaporkan telah menggunakan passport palsu yang mendakwan dirinta berasal dari Paraguay.

Ohmedia tak pasti macam mana Ronaldinho boleh terfikir untuk melakukan perbuatan ini sedangkan hampir semua orang di dunia ini mengetahui rupa bentuk muka Ronaldinho.

Ronaldinho yang baru tiba di Paraguay diserbu pihak berkuasa ketika sedang bercuti Yacht and Paraguayan Club Hotel Resort di Lambare.

Ronaldinho yang pada ketika itu bersama abangnya memberi alasan yang mereka sebenarnya telah dijemput oleh pemilik casino dan perlu menghadiri acara kebajikan di sana.

Tetapi nasib baik mereka hanya dipantau pihak berkuasa di resort terbabit dan tidak dibawa ke tempat tahanan.

Untuk pengetahuan korang, passport dan harta Ronaldinho sekarang telah disekat Brazil dan dia terpaksa berbuat demikian untuk keluar dari negara itu.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top