Connect with us

Oh! Media

RM100,000 Akan Dikenakan Kepada Kontraktor Yang Gagal Baiki Jalan

premixjpg

Umum

RM100,000 Akan Dikenakan Kepada Kontraktor Yang Gagal Baiki Jalan

Denda RM100,000 akan dikenakan  kepada kontraktor yang gagal membaiki dengan sempurna sebarang kerja pengorekan jalan awam. Ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin yang bercadang untuk menaikkan jumlah denda terbabit.

Menurut menteri, denda yang dikenakan sebanyak RM1000 sebelum ini dilihat tidak wajar sama sekali dan sedikit pun tidak membuatkan pemaju kontraktor berasa takut.

Selain itu juga, YB Zuraida Kamaruddin berkata denda itu juga akan terpakai bagi kesalahan merosakkan siar kaki, jalan kaki lima, atau harta kepunyaan PBT. Nampaknya ini satu langkah bijak daripada pihak kerajaan untuk memastikan keselamatan penguna terjamin sekaligus memberi pengajaran buat para kontraktor yang terlibat.

IKLAN

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas