Connect with us

Oh! Media

Rihana Failkan Petisyen Di Mahkamah Rusia Selepas Tuntutan Tidak Dilayan

Umum

Rihana Failkan Petisyen Di Mahkamah Rusia Selepas Tuntutan Tidak Dilayan

Apa perkara yang kita akan bincang pada malam ini? Ohmedia dan kita semua masih tidak dapat lari dari permasalahan yang berlaku diantara Sultan Kelantanm Sultan Muhammad V bersama Rihana Oksana Gorbatenko dan rakyat terutama orang Kelantan masih tidak begitu jelas tentang perkara yang berlaku.

ADVERTISEMENT

Selepas satu dan satu perkara ditimbulkan Oksana dan terbaru, Rihana dikatakan telah memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia bagi menjawab teka-teki siapakah ayah kepada Leon yang Ohmedia petik dari laporan Daily Mail.

Laporan itu turut menulis yang Rihana telah memfailkan kes tersebut selepas tuntutannya mendapatkan elaun sebanyak RM123,000 sebulan dan sebuah rumah RM47 juta di London tidak dilayan.

Jadi, mahkamah dikatakan boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar sekiranya Sultan Muhammad V masih tidak hadir pendengaran kes atau menjalani ujian DNA. Apa-apapun kita masih menantikan jawapan rasmi dari istana dan harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana ia mungkin boleh memburukkan institusi kesultanan Kelantan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas