Connect with us

Oh! Media

Ribut Tropika Pabuk Tidak Lagi Memberi Ancaman

image2b2528622529jpg

Umum

Ribut Tropika Pabuk Tidak Lagi Memberi Ancaman

Jabatan Meteorologi Malaysia menamatkan amaran ribut tropika Pabuk hari ini setelah kedudukan ribut tropika itu dilihat semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak lagi memberi ancaman kepada negara.

Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, ribut tropika itu kini berada di kedudukan 8.9 U 98.2 T dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) ke arah barat laut menuju Teluk Benggala.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di kawasan perairan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

IKLAN

Beliau berkata, jarak ribut itu dari bandar Arau, Perlis adalah 362 km dan Langkawi, Kedah (345 km).

Alui berkata, kenyataan yang dimuat naik di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia itu merupakan makluman terakhir mengenai ribut tropika Pabuk.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas