Connect with us

Oh! Media

Ribuan Penduduk Ke Pantai, Kes Kematian Covid-19 Di Brazil Meningkat

Umum

Ribuan Penduduk Ke Pantai, Kes Kematian Covid-19 Di Brazil Meningkat

Kes kematian akibat Covid-19 di Brazil kini telah mencecah lebih 126 ribu.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, penduduk di sana seperti tidak mengendahkan jumlah kes yang semakin meningkat selepas ribuan antara mereka dikatakan berkumpul di pantai sempena Hari Kemerdekaan Brazil yang jatuh pada 7 September.




Selain itu, lebih 200 ribu kenderaan berada di jalan raya Sao Paulo dan mungkin mereka juga ingin pergi ke pantai yang berdekatan antaranya Guaruja, Ubatuba dan Sao Sebastio. Untuk pengetahuan korang, Brazil telah menguatkuasakan perintah larangan akibat pendemik Covid-19 yang telah melanda negara tersebut sehingga lebih 4 juta orang dijangkiti wabak itu.

Oleh yang demikian, kita patut bersyukur kerana rakyat di Malaysia tetap patuh kepada SOP yang telah ditetapkan dan tidak berkumpul serta bersesak untuk menyambut kemerdekaan yang ke-63 pada 31 Ogos lepas.

OHMEDIA : SEMOGA RAKYAT MALAYSIA TERUS PATUH KEPADA PKPP SUPAYA NEGARA KITA BEBAS DARI PENDEMIK COVID-19

Kredit : Berita Harian

+ Baca respon pembaca ribuan penduduk ke pantai, kes kematian Covid-19 di Brazil meningkat di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas