Connect with us

Oh! Media

Jadi Akauntan Untuk Perniagaan Sendiri Dengan Easy Count!

Branded

Jadi Akauntan Untuk Perniagaan Sendiri Dengan Easy Count!

Ramai orang muda hari ini memilih untuk menjadi pengusaha pelbagai cabang dan jenis perniagaan terutamanya untuk sesuatu yang mereka gemari. Bila dah mula berniaga, mesti tak ada siapa yang mahu gagal di peringkat awal kan? Itulah pentingnya dari awal semua keuntungan dan kerugian harus dikawal dengan baik dan teratur. Bukan main belasah sahaja ikut logik.

Bila jalankan perniagaan tanpa ada rekod kewangan yang baik, memang pening kepala nak fikir untung rugi yang keluar masuk.

Tapi kita pun faham, nak ada semua rekod sebaik itu kita perlu gajikan Akauntan yang terlatih. Bila dah terlatih ni, bayaran dia pun bukan murah. Dah lah bisnes kita baru nak mula. Bila dah tak mampu nak bayar, terasa nak buat sendiri tapi tak reti apa pun pasal akaun pulak! Ah!

Tak boleh ke agaknya kita buat sendiri dengan cara yang paling senang, ringkas, dan mudah difahami walaupun ZERO ilmu pasal akaun? Bukan ke zaman dah maju serta semua perkara sekarang ni boleh buat sendiri dan semuanya dihujung jari?!

Hurmmm sebenarnya ada. Hari ini Oh! Media akan bantu berkongsi satu aplikasi hebat yang akan banyak sangat membantu korang dalam menyelesaikan segala urusan berkaitan akaun syarikat dari A hingga ke Z. Aplikasi ni namanya, EASY COUNT!

Ada dengar tak pasal Easy Count sebelum ni? Ia adalah sebuah aplikasi percuma yang membolehkan segala urusan kewangan syarikat dikawal dengan sangat efisyen. Menariknya, aplikasi ini merupakan aplikasi yang disediakan rakyat Malaysia sendiri iaitu Apps Quest Sdn Bhd.

Dari pengalaman kami menggunakannya dalam tempoh sebulan ini, boleh dikatakan EASY COUNT ni sebuah aplikasi yang sangat genius untuk mengawal dan merekodkan hasil jualan, rekod pembelian, kos pembelanjaan, aset, dan pelbagai lagi dari semua aspek perniagaan kita setiap hari.

Buka sahaja Easy Count ni, kita diminta untuk memasukan nama syarikat dan tempoh bil. Kalau ada lebih dari satu syarikat, korang boleh add lebih lagi tanpa sebarang masalah. Melaluinya juga, kita akan lebih memahami nilai bersih, dan memperbaiki kestabilan kewangan syarikat.

Dengan UI yang ringkas, sememangnya Easy Count ni sebuah app yang ‘straight to the point’ dan mampu memberikan sepenuhnya apa yang mereka tawarkan kepada pengguna. Orang yang zero background sebagai akauntan pun, mesti akan tahu menggunakannya. Lama-kelamaan, kita pun dapat memahami tentang bagaimana meneliti akaun perniagaan sendiri persis tugas seorang akauntan dan untuk selamanya dapat menjimatkan duit dari perlu membayar pihak ketiga.

Pada kami, Easy Count adalah sebuah aplikasi kecil namun sangat berkuasa dan begitu bermanfaat untuk semua yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan kerana ianya akan menjadikan urusan perniagaan sangat mudah, lancar, dan terus berkembang. Walaupun masih baru lagi, Easy Count pastinya mampu menjadi aplikasi kewangan popular dunia suatu masa nanti.

Aplikasi ini sememangnya kekal PERCUMA sahaja dan boleh dimuat-turun melalui Google Play Store dan juga Apple App Store.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas