Connect with us

Oh! Media

Restoran Mewah Dan Kafe Akan Beroperasi, Kata Pengurusan Drawbridge

Umum

Restoran Mewah Dan Kafe Akan Beroperasi, Kata Pengurusan Drawbridge

Sumber gambar dari Blog Travelok

Nampaknya, selain drawbridge itu sendiri, akan ada tarikan baru yang akan dibuat oleh pengurusan TI Properties untuk rakyat Terengganu khususnya yang tinggal sekitar Kuala Terengganu, iaitu membuka restoran mewah dan kafe diatas jambatan berkenaan pada Januari depan.

ADVERTISEMENT
Kata CEO TI Properties yang dipetik dari Sinar Harian, Khalizan Mahmud berkata, syarikat pengendali restoran tersebut telah dipilih dan kerja-kerja pengubahsuaian akan bermula bulan hadapan.

Syarikat berkenaan dipilih memandang pelanggannya tersendiri terdiri dari pelancong luar negara dan mengharapkan ia mampu membuka mata pelancong seluruh dunia tentang keistimewaan negeri Terengganu.

Tambah beliau lagi, meskipun restoran berkenaan dikategorikan sebagai restoran mewah, namun beliau mendakwa harganya makanan dan minuman di restoran berkenaan mampu milik.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas