Connect with us

Oh! Media

Remaja Wanita Dari Arab Saudi Tiba di Kanada

Umum

Remaja Wanita Dari Arab Saudi Tiba di Kanada

Remaja perempuan Arab Saudi berusia 18 tahun yang melarikan diri daripada keluarganya minggu ini kerana bimbangkan nyawanya tiba di Toronto semalam selepas Kanada memberikan suaka kepadanya.

ADVERTISEMENT

Rahaf Mohammed al-Qunun mendapat perhatian antarabangsa minggu ini selepas mengurung diri dalam bilik hotel di lapangan terbang Bangkok untuk mengelak dihantar pulang kepada keluarganya, yang menafikan sebarang bentuk penderaan.

Qunun enggan bertemu bapa dan abangnya, yang tiba di Bangkok untuk cuba membawa beliau pulang ke Arab Saudi.

Qunun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson di Toronto pagi semalam.

Kes Qunun mengundang perhatian global kepada peraturan sosial tegas Arab Saudi, termasuk memerlukan wanita mendapatkan kebenaran penjaga lelaki untuk keluar.

Qunun menaiki pesawat Korean Air dari Bangkok ke Seoul kelmarin dan menyambung penerbangan ke Toronto.

Gadis itu tiba di Bangkok seminggu lalu dan dihalang memasuki Thailand pada awalnya.

Namun Qunun mula menyiarkan mesej di akaun Twitter dari ruang transit lapangan terbang Suvarnabhumi, berkata beliau melarikan diri dari Kuwait dan nyawanya dalam bahaya jika dipaksa pulang ke Arab Saudi.

Sumber: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas