Connect with us

Oh! Media

Remaja 19 Tahun Menyamar Sebagai Inspektor Polis Berjaya Diberkas Di Johor!

epwwgdnvuaa nbsjpeg

Umum

Remaja 19 Tahun Menyamar Sebagai Inspektor Polis Berjaya Diberkas Di Johor!

Kerana terlalu fanatik dengan pasukan beruniform, seorang remaja lelaki yang baru berusia 19 tahun sanggup untuk menyamar sebagai seorang anggota Polis. Lebih mengejutkan lagi, dia bukan setakat jadi Polis biasa-biasa, tapi Inspektor Polis! Ini Ohmedia rasa mesti kuat sangat layan drama Gerak Khas la ni. Huhu.

Padahnya remaja lelaki ini ditahan selepas menghampiri dua anggota polis yang sedang membuat tugasan pemantau dan pencegahan samseng jalanan di Jalan Kluang, Johor, pagi ini. Hasil siasatan polis dapati remaja ini seorang yang fanatik dengan seragam Polis manakala kad kuasa pula diperolehi dari laman web.

IKLAN

Pistol yang dibawa suspek adalah pistol tiruan (plastik) berwarna hitam jenama Boale & Toyavn diperbuat daripada China P193.

Remaja yang dikenali sebagai Ramdan ini bukan biasa-biasa sebenarnya kerana sejak dari tahun 2018 lagi dah aktif menjadi “Inspektor Polis”. Ini terbukti apabila melihat akaun Instagramnya (@ramdan.official) yang sangat aktif mempamerkan aksinya sebagai seorang “Inspektor Polis”.

Hurm, cute betul la kau ni dik! Kalau minat nak jadi Polis, ikutlah saluran yang betul macam Polis lain juga ye dik! Banyak cantik muka kau tiba-tiba nak jadi Inspektor. Ini ni main Polis Sentri macam kau kecik-kecik dulu ke?

Rujukan: Mohd Redzuan Abdul Manap

+ Baca respon pembaca fanatik Oh! Media di Facebook.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas