Connect with us

Oh! Media

Remaja Kemboja Kuasai 16 Bahasa Kini Popular

Umum

Remaja Kemboja Kuasai 16 Bahasa Kini Popular

Kehidupan seorang remaja yang menguasai 16 bahasa di Kemboja kini bertukar 360 darjah malah semakin popular kerana mendapat perhatian pelbagai pihak.

ADVERTISEMENT

Thuch Salik, 14, hanya seorang remaja biasa datang dari keluarga susah namun memiliki keunikannya tersendiri.

Salik, mempelajari kesemua bahasa itu ketika berinteraksi dengan pelancong.

Dia menjual cenderamata di hadapan kompleks kuil Angkor di Krong Siem Reap, Kemboja.

Susulan kisahnya tular di media sosial, hidup Salik sekeluarga kini sudah mula berubah.

Baru-baru ini, mereka dijemput menjadi tetamu dalam program televisyen tempatan.

Terdapat juga orang-orang perseorangan yang mendermakan basikal dan permainan baru, malah turut berjanji untuk membiayai pendidikan Salik sehingga ke peringkat universiti.

Dengan situasi kewangan keluarganya yang semakin baik dan stabil, Salik komited untuk belajar dan meningkatkan kemahiran bahasanya.

Menurut ibunya, Mann Vanna, dia tidak lagi membenarkan anaknya menjual cenderahati kerana ingin menumpukan pelajaran.

“Saya tidak membenarkan Salik bantu saya menjual cenderahati, jika ada kelapangan, baru dia boleh bantu saya.

“Keutamaan adalah pelajarannya kerana saya mahu dia menjadi insan berguna,” katanya.

Malah Vanna mengakui tidak menyedari anaknya itu seorang yang bijak sehingga mampu mempelajari begitu banyak bahasa dalam tempoh masa yang singkat.

Kisah Salik sebelum ini mendapat perhatian selepas video dia berkomunikasi menggunakan 16 bahasa, antaranya Rusia, Tagalog, Jepun dan Itali, tular menerusi perkongsian di laman sosial.

Sumber: Channel NewsAsia

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas