Umum
Remaja 19 Tahun Tekad Pecahkan Cermin dan Pancitkan Tayar Kereta Ibunya

“Pada mulanya, pihak polis hanya ingin mengeluarkan saman atas kesalahan tiada lesen memandu terhadap remaja yang bekerja sebagai pelayan pusat hiburan di Alor Setar itu, namun kami mendapati remaja itu memiliki rekod ‘Orang Dikehendaki’ bersangkut kes di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat yang dilakukan pada 25 Februari lepas selepas membuat semakan melalui aplikasi MCops OKS”, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim.
