Connect with us

Oh! Media

Real Madrid Perkuatkan Barisan Serangan Dengan Pendatang Baharu?

Umum

Real Madrid Perkuatkan Barisan Serangan Dengan Pendatang Baharu?

Real Madrid mengikat penyerang dari Serbia, Luka Jovic dari pasukan Eintracht Frankfurt dengan harga 60 juta euro (RM279.86 juta), menurut laporan siaran televisyen Sky Germany, Jovic, 21, menjaringkan 10 gol buat skuad dari Jerman itu untuk ke separuh akhir Liga Europa ketika mereka disingkirkan Chelsea menerusi penalti dan sudah menjaringkan 17 gol dalam Bundesliga.

Akhbar Sepanyol, Madrid akan mengumumkan secara rasmi pembelian pemain itu minggu depan selepas berakhirnya musim Bundesliga. Jovic, telah membuat 13 penampilan buat Serbia, dijangka akan menjadi yang pertama daripada beberapa pemain hebat dijangka akan menyertai Real Madrid ketika bekas juara Eropah itu mahu kembali daripada kempen yang mengecewakan musim ini.

ADVERTISEMENT

Sumber: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas