Connect with us

Oh! Media

Rasionalisasi Saiz Perkhidmatan Awam Tidak Melibatkan Penjawat Awam Sedia Ada

16471543580 28832f1a06 bjpg

Umum

Rasionalisasi Saiz Perkhidmatan Awam Tidak Melibatkan Penjawat Awam Sedia Ada

Bagi memperbetulkan kekeliruan dan maklumat yang tersebarm pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA tampil menjelaskan bahawa pelaksanaan rasionalisasi kawalan saiz perkhidmatan awam hanya melibatkan perjawatan yang tidak diisi dan tidak digunakan bagi tempoh melebihi dua tahun.

Ini merujuk kepada surat edaran JPA bertajuk “Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam” bertarikh 26 Disember 2018, ia merupakan kesinambungan daripada usaha merasionalisasikan saiz perkhidmatan awam yang mula diperkenalkan pada 2008, katanya.

“Kaedah bagi pelaksanaan pengurangan perjawatan ini tidak melibatkan penjawat awam sedia ada tetapi melalui pelbagai kaedah lain,” kata JPA dalam satu kenyataan.

IKLAN

Antara kaedah itu ialah mengoptimumkan sumber manusia, penyusunan semula perjawatan (redeployment) bagi mengelakkan pertindihan fungsi, serah urus fungsi (outsourcing), penyampaian perkhidmatan alternatif (Alternative Service Delivery), gabungan teknologi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan semasa.

Sumber: Bernama

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas