Connect with us

Oh! Media

Rashid Sidek Merasakan Ketiadaan Chong Wei Berikan Kesan Positif

Umum

Rashid Sidek Merasakan Ketiadaan Chong Wei Berikan Kesan Positif

Selepas Datuk Lee Chong Wei mengumumkan pengunduran dirinya dari arena sukan badminton negara, ianya pasti memberikan kesan yang cukup besar kepada kem negara.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, bekas jurulatih perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek berpandangan pengunduran Chong Wei merupakan satu tindakan yang positif bagi memastikan sukan badminton kembali bangkit.

Ini terjadi kerana, ia membolehkan Persatuan Badminton Malaysia, BAM dapat memberikan layanan yang adil kepada semua pemain tanpa mengutamakan seseorang pemain sahaja.

“Apabila Chong Wei sudah tiada, situasi kini berubah yang mana pemain muda pastinya akan diberi lebih keutamaan.

“Dulu, semuanya adalah mengenai Chong Wei memandangkan dia seorang saja yang mampu menjanjikan kejayaan buat skuad badminton.

“Jadi, saya harap pemain muda yang ada sekarang ambil peluang dengan ketiadaan Chong Wei ini. Buktikanlah kemampuan sebenar mereka,” kata Rashid kepada BH Sukan.

Untuk pengetahuan korang, selepas ketiadaan Chong Wei, gelaran pemain badminton nombor 1 negara kini diambil alih oleh Lee Zii Jia yang kini menghuni ranking ke-20 dunia.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas