Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. umumkan rang undang-undang baharu berkaitan kawalan rokok elektronik atau vape dan sisha dijangka dibentang di Parlimen pada akhir tahun ini.
Jawatankuasa khas berkaitan isu ini sedang merangka undang-undang baharu berkenaan memandangkan pihaknya masih memerlukan pandangan semua pihak termasuk penglibatan pemegang taruh.
“Jawatankuasa khas ini baharu diwujudkan minggu lepas dan kami akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari kaedah terbaik mengawal penggunaan vape, sisha dan juga rokok.
“Kita tahu bahawa 90 peratus daripada kandungan cecair vape mengandungi nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan kepada bahan tersebut.
“Apa yang kita lihat, pengguna vape pada mulanya menganggap menghisap vape sebagai satu trend namun ketagihan itu dibimbangi mampu mendorong pula untuk bertukar kepada menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan acara memberus gigi beramai-ramai secara berirama di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, di sini hari ini.
Sumber: Bernama
+Baca respon pembaca di Oh! Media.
Facebook Oh! Media
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.