Connect with us

Oh! Media

Ramai Penonton Terlepas Pandang 5 Perkara Ini Dalam Filem BoBoiBoy Movie 2

Umum

Ramai Penonton Terlepas Pandang 5 Perkara Ini Dalam Filem BoBoiBoy Movie 2

Fuhh! Walaupun sudah lebih 3 minggu filem animasi BoBoiBoy Movie 2 ditayangkan di pawagam, kehangatan masih dapat dirasai dan animasi dari Monsta ini telah membawa satu fenomena yang berbeza kepada industri animasi negara, apabila berjaya mengutip sebanyak RM25 juta hanya dalam masa 3 minggu. Jika korang dapat lihat, keunikan filem BoBoiBoy Movie 2 kali ini amat banyak dan perkembangan jalan penceritaannya juga semakin luas dan Ohmedia dapat merasakan ianya mampu pergi 10 hingga 20 tahun lagi.

ADVERTISEMENT

Ohmedia juga tertarik dengan banyak perkongsian dan kemaskini dari Monsta berkenaan informasi filem ini. Monsta turut berkongsi banyak scene yang telah dipotong dari ditayangkan. Selain itu, Monsta turut berkongsi mesej-mesej tersembunyi yang ada di dalam filem seperti rekaan kapal angkasa yang dicipta berasaskan elemen nusantara.

Tapi Ohmedia tidak berpuas hati dan ingin mengetahui lebih banyak lagi, apa agaknya mesej tersemnbunyi yang ada dalam penghasilan filem BBBM2 ini. Dalam perkongsian eksklusif pihak Monsta kepada Ohmedia, mereka memberikan 5 lagi BoBoiBoy Movie 2 Trivia ‘Easter Egg’ untuk kita bincangkan.

Papa Zola & Gopal

Seperti semua sedia maklum, pelakon suara untuk watak Papa Zola ialah Nizam Abd Razak dan untuk watak Gopal pula, hasil dari suara Dzubir Mohammed Zakaria. Tapi adakah korang tahu, sebenarnya Papa Zola dan Gopal ini telah bergabung untuk menghasilkan filem BBBM2 ini sebagai Pengarah dan Pengarah Bersama. I

ni antara mengapa Ohmedia dapat lihat perkembangan yang lebih hebat dari Monsta di masa depan apabila mereka dikatakan akan melahirkan lebih ramai pengarah bagi menghasilkan lebih banyak animasi bersiri atau filem. Sebagai contoh, animasi Mech Amato yang dikatakan bakal dikeluarkan Monsta tidak lama lagi.

Sektor G-159A Nusa Gima

Ini Ohmedia pun tak perasan walaupun dah pergi tonton BBBM2 sebanyak 5 kali, hehe. Kalau korang perasan, dalam filem kali ini, kita dapat melihat lebih banyak lokasi dan planet yang dicipta Monsta. Ini kerana pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawan kali ini di angkasa. Nama-nama planet ini sebenarnya bukanlah direka secara rojak. Sebagai contoh, sektor G-158A Nusa Gima yang sebenarnya ia diambil dari tarikh ulangtahun penubuhan Animonsta Studios, iaitu pada 15 September.

Kee Yong Pin

Haa, korang perasan tak nama yang selalu muncul dalam BBBM2 mahupun BoBoiBoy The Movie sebelum ini? Kalau korang nak tahu, nama Kee Yong Pin ini adalah cameo dan dia merupakan salah seorang pengasas Animonsta Studios. Meh Ohmedia kongsikan babak-babak cameo Kee Yong Pin yang mungkin korang terlepas pandang.

  1. BoBoiBoy Musim 1, Episod 1: BoBoiBoy ke Pulau Rintis menaiki keretapi magnet yang bernama Yong Pin AeroTrain.
  2. BoBoiBoy The Movie: Dua kenderaan pengangkutan ditonjolkan dalam filem ini, iaitu lori Yong Pin Cement dan Yong Pin Bus.
  3. BoBoiBoy Movie 2: Sekali lagi pada kenderaan pengangkutan, kali ini dalam bentuk van sewa dengan logo Yong Pin Car Rent.


Kanak-kanak Cendawa

Korang ingat lagi tak babak masa kawan BoBoiBoy selamatkan penduduk kampung dekat satu planet bernama Planet Rimbara sebelum Retakka datang? Comel betul bila tengok kanak-kanak Cendawa ni. Kalau, korang nak tahu, nama kanak-kanak Cendawa ini juga bukan direka secara rambang, tetapi diambil dari nama anak-anak kru Animonsta Studios.

Babak Post-Credit

Part ni memang antara yang paling Ohmedia nak bincangkan. Korang tengok sampai post-credit tak? Siapa yang keluar awal tu rugilah. Haa, part ni, siapa yang tengok mesti terkejut beruk punya, sebab masa ni muncul satu watak baru berbaju perisai merah dan bernama Amato. Masa ni semua dah dapat rasa yang ini mesti ada apa-apa kaitan dengan BoBoiBoy, sebab Amato juga ada helaian rambut putih. Ia dikuatkan lagi apabila pada akhir post-credit tu, ditunjukkan gambar Amato bersama seorang budak kecil yang dikenali BoBoiBoy. Jadi, ini sudah kuat mengatakan bahawa Amato ni adalah bapa kepada BoBoiBoy. Haa, menarik kan? Jadi animasi terbaru dari Monsta iaitu Mech Amato tu sudah tentulah adalah kisah pengembaraan bapa BoBoiBoy. Pergh! Tak sabar Ohmedia nak layan nanti.

Jadi itu sahajalah antara Trivia Easter Egg yang Ohmedia berjaya dapatkan dari pihak Monsta. Bagaimanapun ada satu perkara lagi yang Ohmedia nanti-nantikan, iaitu kutipan keseluruhan filem BoBoiBoy Movie 2. Untuk pengetahuan korang kutipan RM25 juta dan jumlah 2 juta penonton yang diumumkan Monsta sebelum ini hanyalah untuk tayangan di Malaysia sahaja dan kutipan di negara lain seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Vietnam masih tidak diumumkan.

Perghh! Memang boleh dikatakan antara animasi Malaysia yang paling berjaya setakat ini, Tahniah sekali lagi kepada pihak Monsta atas kejayaan ini dan terus hasilkan produk animasi yang lebih hebat setanding Antarabangsa. Terbaik!




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas