Connect with us

Oh! Media

Rakyat Perlu Bangkit Bantah ICERD

tolak2bicerdjpg

Umum

Rakyat Perlu Bangkit Bantah ICERD

Ketua Penerangan Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Melayu Malaysia (Maju Malaysia), Mohd Shirin Adenan berkata, pengesahan ICERD bakal menghapuskan hak-hak keistimewaan diberikan kepada orang Melayu termasuk anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

Kesan dari itu, rakyat di negara ini perlu bangkit membantah pengesahan Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Pelaksanaannya bakal menyaksikan berlakunya diskriminasi antara warga negara dan bukan warga negara. Ia secara terang-terangan bertujuan untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini.

IKLAN

“Oleh itu, kita perlu terus membantah ICERD ini kerana difahamkan ia sudah dibuka untuk ditandatangani.

“Bantahan ini dijangka disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak. Kita harap bantahan ini akan dapat menghimpunkan lebih ramai NGO bagi menggambarkan betapa serius bantahan kita terhadap ICERD,” katanya lagi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas