Connect with us

Oh! Media

Rakyat Palestin Terus Menerima Tekanan Dan Dicederakan Israel

Umum

Rakyat Palestin Terus Menerima Tekanan Dan Dicederakan Israel

Lebih 20 rakyat Palestin dicederakan tentera rejim Israel apabila pertempuran meletus ketika demonstrasi menentang sekatan maritim Tel Aviv di kawasan pantai utara Genting Gaza.

ADVERTISEMENT

Dalam insiden semalam, tentera rejim melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan yang menyokong kapal misi flotilla Freedom Ship 15 yang berlepas dari pelabuhan Gaza dalam usaha memecah kepungan Israel.

Hampir 40 bot nelayan dilaporkan menyertai flotilla anjuran Jawatankuasa Nasional untuk Memecah Kepungan yang belayar ke sempadan pantai utara Genting Gaza, namun ia dipaksa kembali ke pantai oleh tentera rejim.

Sementara itu, pertempuran di pagar sempadan Gaza-Israel tidak menunjukkan tanda akan reda sejak bermulanya siri protes ‘Perarakan Kepulangan Besar-besaran’ pada 30 Mac lalu.

Penganjur protes berkata, demonstrasi akan diteruskan selagi sekatan di Genting Gaza tidak ditamatkan, namun objektif paling penting adalah menghentikan penderitaan rakyat Palestin yang terkepung.

Gaza berada di bawah kepungan Israel sejak June 2007 dan sekatan yang dikenakan menyebabkan rakyat Palestin berdepan kemelut kemisikinan, pengangguran dan kejatuhan taraf hidup yang teruk.

Rejim Israel menafikan hak asasi sejumlah 1.8 juta penduduk Gaza termasuk kebebasan bergerak, pekerjaan dengan gaji setimpal serta rawatan kesihatan dan pendidikan.

Sumber: Presstv


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas