Connect with us

Oh! Media

Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berhati-hati, Siri Letupan Bom Thailand

Umum

Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berhati-hati, Siri Letupan Bom Thailand

Semalam Ohmedia ada naikkan satu artikel mengenai ancaman bom di sekitar Kuala Lumpur, tetapi ia berjaya dikesan pihak polis dan bom berkenaan tidak sempurna dan ada yang palsu. Tetapi, semalam di Bankok, Thailand telah berlaku beberapa siri letupan yang menyebabkan tiga orang awam cedera.

Dalam perkembangan lain, pihak Wisma Putra telah mengesahkan, tiada rakyat Malaysia yang terlibat dan pihak Kementerian Luar telah menasihatkan agar rakyat Malaysia yang menetap, bercuti atau merancang untuk ke Thailand, agar sentiasa berhati-hati.

Rakyat Malaysia yang sedang dan ingin melawat atau menetap di Thailand juga digalakkan mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok. Proses pendaftaran boleh dilakukan melalui emel atau faks, katanya.

Untuk rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu ini juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dalam talian telefon +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (kecemasan) atau fax +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270 atau emel ke [email protected].

IKLAN

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas