Connect with us

Oh! Media

Rakyat China dan Bangladesh Catat Jumlah Tertinggi Beli Rumah Di Malaysia

Umum

Rakyat China dan Bangladesh Catat Jumlah Tertinggi Beli Rumah Di Malaysia

Tahukah anda,ada perummahan yang dijual di Malaysia hanya dikhususkan untuk warga asing? Kini, terlalu ramai diantara kita yang masih mengimpikan untuk memiliki rumah pertama, tetapi kerana kos hidup yang agak tinggi dan harga rumah yang melambung menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia tidak dapat memiliki rumah impian.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah telah mendedahkan data kepada umum yang diperoleh mengenai pemiliikan hartanah.

Menurut data yang diambil dari tahun 2007 hingga 2018, jelan menunjukan jumlah unit yang dimiliki oleh warga asing melalui program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) adalah sebanyak 4,499 unit rumah.Warga negara asal China mencatatkan pemilikan paling tinggi iaitu sebanyak 1,664 unit manakala 250 unit dimiliki warga Bangladesh.

Menurut Awani, berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 106,197 isi rumah bukan warganegara memiliki unit perumahan di seluruh negara.

Pada tahun 2002, program Malaysia Rumah Kedua diperkenalkan untuk menarik warga asing menetap di Malaysia, terutama mereka yang sudah bersara atau untuk tujuan perniagaan.

Jadi, apakah agaknya kesan program ini pada masa panjang? Diharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak unit rumah dengan harga mampu milik kepada rakyat Malaysia dan Melayu khususnya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas