Connect with us

Oh! Media

Rakyat Berhak Tukar Kerajaan Jika Gagal Tunai Janji – Tun Daim

Umum

Rakyat Berhak Tukar Kerajaan Jika Gagal Tunai Janji – Tun Daim

Tun Daim Zainuddin yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan dalam satu kenyataan berkata,  rakyat berhak menukar kerajaan sekiranya kerajaan dibawah pimpinan PH gagal melaksanakan janji.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata demikian sewaktu melakukan lawatan di Felda Sungai Tengi.

Tun Daim juga berkata, bahawa manifesto adalah suatu yang boleh dilaksanakan jika kerajaan benar- benar memberikan tumpuan untuk menunaikannya.

Namun ia mungkin memerlukan sedikit masa untuk dilaksanakan.

“Tanggungjawab kerajaan mestilah mengutamakan rakyat, tak mahu dengar tiada duit, sebab rakyat pilih kerajaan untuk cari duit bela rakyat,” tambahnya.

Oleh itu, Tun Daim berharap peneroka Felda dapat memberikan kepercayaan kepada kerajaan sekarang untuk memperbaiki kerosakan Felda dan tidak mahu pemimpin terus memberikan alasan dan masalah, tetapi ingin melihatmeliha penyelesaian yang terbaik untuk mengembalikan kecemerlangan Felda.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas