Connect with us

Oh! Media

Qualcomm Hasilkan Snapdragon 855 Plus, Fokus Permainan Video

Umum

Qualcomm Hasilkan Snapdragon 855 Plus, Fokus Permainan Video

Qualcomm umum kemaskini kecil untuk cip pemprosesan Snapdragon 855 sedia ada yang dinamakan Snapdragon 855 Plus, dimana ia menawarkan penambah-baikkan prestasi, sekaligus menjadikan ia sebuah cip yang lebih baik untuk peminat permainan video pada peranti mudah-alih mereka.
Snapdragon 855 Plus berteraskan rekaan cip lapan teras Kryo 485 pada kelajuan 2.96Ghz, disamping sokongan grafik Adreno 640. Menurut Qualcomm, ia menawarkan peningkatan sehingga 15% pada kadar grafik berbanding sebelum ini.
Cip ini turut disertakan dengan sokongan pengalaman Snapdragon Elite Gaming dimana ia menawarkan sejumlah sokongan khusus untuk permua, termasuk sokongan Vulkan 1.1 dan beberapa yang lain. Peranti berasaskan Snapdragon 855 Plus ini dijangka akan hadir ke pasaran pada pertengahan kedua 2019 ini.
Sumber: Amanz

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas