Connect with us

Oh! Media

Qatar Juara Piala Asia Buat Pertama Kali Menewaskan Jepun

L0xryzuzijjpg

Umum

Qatar Juara Piala Asia Buat Pertama Kali Menewaskan Jepun

Qatar muncul juara Piala Asia buat pertama kali selepas menewaskan Jepun 3-1 di Stadium Zayed Sports City sebentar tadi.

Penyerang Qatar Almoez Ali membuka jaringan sepakan gunting pada minit ke-12 untuk gol kesembilannya di kejohanan kali ini, mengatasi rekod Ali Daei dari Iran yang menjaringkan lapan gol pada edisi 1996.

Abdulaziz Hatem menambah jaringan pada minit ke-27 untuk meletakkan Qatar selesa di depan pada babak pertama sebelum Takumi Minamino merapatkan jurang pada minit ke-69.

IKLAN

Qatar bagaimanapun mengesahkan kejuaraan menerusi Akram Afif yang menyempurnakan sepakan penalti tujuh minit sebelum tamat permainan.

Qatar tidak pernah mara melebihi peringkat suku akhir Piala Asia sebelum ini, tetapi menjaringkan 16 gol tanpa balas dalam laluan ke final tahun ini dan mencatat rekod enam kemenangan bersih.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas