Connect with us

Oh! Media

Putera Salman Tingkatkan Lagi Bidaan Sebanyak RM20 Bilion Untuk Miliki United

raja salman minat beli manchester unitedjpg

Umum

Putera Salman Tingkatkan Lagi Bidaan Sebanyak RM20 Bilion Untuk Miliki United

Nampaknya Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad Salman tetap dengan hasratnya untuk membeli kelab gergasi Manchester United apabila tampil meningkatkan lagi bidaan untuk kelab itu kepada 3.8 bilion pound bersamaan RM20 bilion.

United yang kini dimiliki oleh keluarga dari Amerika Syarikat itu sebelum ini telah membeli United pada harga 790 pound atau RM4.16 bilion pada 14 tahun yang lalu, tetapi kini terpaksa menanggung jumlah hutang yang tinggi.

Namun sekiranya tawaran putera Saudi diterima, mereka masih mampu menjana keuntungan sehingga 2.2 bilion pound (RM11.59 bilion).

IKLAN

Kerabat diraja Saudi yang nilai kekayaan keluarganya mencecah 850 bilion pound (RM4.48 trilion), berharap dapat meyakinkan pemilik sekarang, keluarga Glazer untuk menjual kelab Inggeris itu.

Walaubagaimanapun, minat untuk membeli United itu juga bergantung pada Ole Gunnar sekiranya mampu membawa United ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas