Connect with us

Oh! Media

Punca Muntah-Muntah, Masih Tiada Jawapan – Yeo Bee Yin

apabila2bdipasang2bdengan2bmeter2bbaharu2bmaka2bada2bpeningkatan2bdalam2bbil 2bir2bmegat2bjalaluddin2bmegat2bhassan2b252862529png

Umum

Punca Muntah-Muntah, Masih Tiada Jawapan – Yeo Bee Yin

Terus menjadi tanda tanya punca murid dan pelajar sekolah sekitar daerah ini mengalami muntah-muntah dan sesak nafas sejak Khamis lalu apabila keputusan ujian makmal ke atas sampel darah dan air kencing lapan mangsa tidak menemui kehadiran sebarang unsur kimia seperti yang berlaku dalam kes Sungai Kim Kim sebelum ini.

Kesimpulannya, punca sebenar insiden itu yang dikaitkan dengan pencemaran udara masih tidak dapat dipastikan dengan tepat. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, Jabatan Kimia secara berterusan mencari apakah bahan kimia yang terdapat dalam darah dan air kencing pesakit.

IKLAN

“Hasil keputusan ujian makmal mendapati sampel lapan pesakit yang diambil untuk ujian Urine Cyanide, Blood Cyanide dan VOC (bahan kimia organik menguap dan mencemari udara) adalah negatif,” katanya

Bee Yin berkata, pihaknya sudah meneliti bahan kimia yang disyaki sebagai bahan pencemar, tetapi semuanya negatif. Tambahnya, insiden kali ini belum boleh dikatakan berpunca daripada gas dari kilang, namun semua tindakan diambil adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kami tidak boleh kata insiden ini disebabkan gas toksik dari kilang. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami cuma pastikan apa yang mungkin menjadi punca pencemaran dibersihkan atau mematuhi standard Akta Kualiti Alam Sekeliling,” katanya.

Sumber : Metro Online

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Youtube Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas