Connect with us

Oh! Media

Pujuk Rayu Ahli MLM Yang Mungkin Akan Menjerat Anda

Umum

Pujuk Rayu Ahli MLM Yang Mungkin Akan Menjerat Anda

Sekadar gambar hiasan

Zaman sekarang semua orang nak hidup senang. Tapi bukan senang untuk jadi senang. Namun, ramai yang cuba ambil jalan pintas dengan menyertai pelbagai perniagaan Multilevel Marketing atau lebih di kenali sebagai MLM.

ADVERTISEMENT

Ya. Mungkin ada diantara perniagaan ini memang tidak dinafikan mampu membuatkan anda keluar daripada masalah kewangan dan memberikan kehidupan yang senang jika kena pada caranya.

Namun, harus diingat untuk mencapai ke tahap itu pun bukan sesuatu yang mudah. Mereka juga harus bekerja keras mencari orang untuk sama-sama menyertai mereka sebagai downline.

Apapun, jangan sampai kerakurasan kita ingin mencapai wang yang banyak sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti menipu ibubapa.

Berikut merupakan luahan yang dikirimkan oleh follower Oh! Media untuk dikongsi bersama.


“Assalamualaikum oh media. Saya amer.. kt sini sya nk kongsi satu bualan saya dengan seorang reseller mlm. Pada mulanya saya hanya mengikut rakan saya kerana dia kata ada makan free.. setelah kami sampai, barulah kami tahu yang mereka nak menerangkan tentang MLM.

Thats still ok.. but after two days.. this is what I got.. dia sampai noleh menyuruh saya menggunakan duit PTPTN yanh diperuntukan untuk belajar. Dia juga mengatakan yg saya boleh menjual laptop yg saya gunakan untuk belajar SEMATA2 untuk join MLM MEREKA yg bernilai RM3000 untuk Premium package.

Yg paling sya tak boleh tahan.. mereka sanggup menghasut saya untuk menipu mak ayah saya yg hanya penoreh getah. Dengan mengatakan itu tipu sunat.. saya harap pihak oh media dapat kongsikan hal ini untuk tatapan orang ramai supaya tidak berlaku lagi kes2 seperti ini.. nak berniaga pon tak perlulah nak menghasut kearah kejahatan..

Kalau boleh jgn share no saya.. cukup sekadar nama.. Terima kasih oh media team. Saya sangat berharap yang hal ini tidak akan berulang untuk orang lain.. 

Gambar yang disertakan oleh pengirim kepada Oh! Media

OHMEDIA: Jadilah rakan komunity Oh! Media di WhatsApp. Kongsikan apa sahaja info, gambar atau video yang menarik di nombor 012-923 1562.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas