Connect with us

Oh! Media

Program Khusus Dirangka Bagi Menggantikan PLKN dan BTN

Umum

Program Khusus Dirangka Bagi Menggantikan PLKN dan BTN

Ramai yang menantikan apa perkembangan terkini untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) yang sekarang ditangguhkan seketika bagi merangka program khusus untuk menggantikan kedua-duanya.

ADVERTISEMENT

Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman memaklumkan bahawa program khusus ini akan dimasukkan dalam Bajet 2019 dan memaklumkan proses merangka program untuk melahirkan pemimpin belia berketerampilan dan memiliki pelbagai kemahiran itu kini siap 70 peratus.

“Ia pengurangan ketara berbanding apa yang dibelanjakan bagi PLKN, kita ketika ini dalam fasa untuk cuba gabungkan semua sumber (tenaga manusia) daripada PLKN dan BTN.

“Sangat sedih tender sebelum ini (PLKN dan BTN) dibuat secara rundingan terus, sehingga menyaksikan kos operasi serta perbelanjaannya melonjak melampaui jangkaan.

“Bagaimanapun, program baharu ini akan menggunakan audit standard terbaik kerana dikendalikan Khazanah dan EY, termasuk merangka modul yang bebas daripada pengaruh politik seperti diterapkan dalam BTN.

“Selain itu, kita jemput wakil daripada parti politik dengan fahaman berbeza supaya usaha merangka program dan modul dibuat tanpa menyebelahi mana-mana pihak, sekali gus menepis tanggapan bahawa ia sekadar ‘alat’ menyuntik fahaman politik,” katanya.

Program khusus ini juga akan dirangka menerusi kerjasama dengan Khazanah Nasional Berhad dan Ernst & Young Malaysia yang dilihat bakal menelan belanjawan RM70 juta setahun.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas