Connect with us

Oh! Media

Biadap & Maki Hamun Anggota! Polis Tidak Teragak-Agak Tahan Mereka Yang Degil

polis2bambil2btindakan2blebih2btegaspng

Umum

Biadap & Maki Hamun Anggota! Polis Tidak Teragak-Agak Tahan Mereka Yang Degil

Walaupun sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melaporkan yang sebanyak 95% rakyat Malaysia sudah mula mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi masih ada lagi segelintir individu yang berdegil dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka.

Pihak polis melaporkan yang masih ada individu yang memberikan alasan yang tidak munasabah untuk keluar dari rumah dan ada yang mengingkari arahan dengan mencabar tugas pasukan hadapan negara ini ketika melakukan sekatan jalan raya semasa PKP.

Pada peringkat awal polis mengambil pendekatan merayu, menjelaskan dan menasihati orang ramai supaya mematuhi PKP. Namun, polis tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dengan menahan individu yang ingkar. Seramai 110 individu ditahan kerana ingkar malah ada yang bersikap biadap, mencabar, memaki hamun dan mengkasari anggota disebabkan tidak mahu beredar. – Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada Berita Harian.

Berita Harian juga ada melaporkan yang pihak polis telah memberi amaran kepada orang ramai agar mematuhi arahan PKP dan sebarang arahan yang dikeluarkan selepas ini atau pihak polis akan menahan individu yang berdegil.

IKLAN

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan mereka yang masih berdegil di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas