Connect with us

Oh! Media

Pokok Hiasan Terbakar, Pengunjung Sky Tropolis Cemas!

Umum

Pokok Hiasan Terbakar, Pengunjung Sky Tropolis Cemas!



Detik cemas berlaku apabila sebuah pokok hiasan di Sky Tropolis Park GentingHighland terbakar sebelum merebak ke dalam bangunan petang tadi. 

ADVERTISEMENT
Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6 petang itu melibatkan landskap yang menempatkan hiasan pokok bunga plastik sebelum ia merebak.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian kita mendapati kebakaran berlaku di ruang tangga koridor pejalan kaki antara Hotel First World dan taman tema terbabit,” katanya.
Tambahnya, pihak bomba memadamkan api menggunakan satu aliran ‘hose reel’ dan tujuh unit alat pemadam api jenis debu kering.
.

Sementara itu, Resort World Genting memberitahu dalam satu kenyataan bahawa, tiada kemalangan jiwa dilaporkan ekoran kebakaran tersebut. Kenyataan itu menyebut, pihak bomba berjaya memadam kebakaran dalam tempoh kira-kira 10 minit.
Sumber: New Malaysian Post



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas