Connect with us

Oh! Media

Pihak Polis Telah Menahan Seorang Lelaki Akibat Penghinaan Terhadap Rasulullah di Facebook

Warga emas hina nabijpg

Umum

Pihak Polis Telah Menahan Seorang Lelaki Akibat Penghinaan Terhadap Rasulullah di Facebook

Berikutan dengan perkongsian sebuah gambar yang digambarkan satu penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW. Seorang lelaki yang menggunakan akaun Facebook bernama Foo Sing Wai telah ditahan pihak polis di kediaman rumahnya.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zuhdin Mahmud yang berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya di sebuah taman perumahan di Mentakab, Temerloh, pada jam 11.30 pagi ini.

“Suspek akan dihantar ke Johor memandangkan laporan polis dibuat di Batu Pahat,” katanya, hari ini.

IKLAN

Sebelum ini, beberapa individu telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan yang dilihat telah menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini kerana disifatkan amat keterlaluan dan melampau.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas