Connect with us

Oh! Media

Pihak Polis Jumpai Lapan Bahagian Badan Manusia Tidak Lengkap Dalam Semak

Umum

Pihak Polis Jumpai Lapan Bahagian Badan Manusia Tidak Lengkap Dalam Semak

Sumber gambar : Berita Harian & Harian Metro

Terdapat kira-kira lapan bahagian badan manusia yang tidak lengkap sepenuhnya telah dijumpai oleh pihak polis di jalan utama Kampung Ladang yang berhampiran dengan kawasan perindustrian Krubong, Melaka semalam. Dikatakan seorang pekerja lelaki berumur 37 tahun telah membuat laporan polis di balai polis berdekatan selepas terjumpa bahagian-bahagian badan manusia diatas tanah ketika melakukan kerja-kerja memotong rumput kira-kira jam 4 petang semalam.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Tengah Melaka, ACP Afzanizar Ahmad mengatakan bahawa terdapat kira-kira lapan bahagian badan manusia yang tidak lengkap sepenuhnya telah dijumpai dan tidak pasti berapa orang mangsa yang terlibat. Tunggu sehingga keputusan bedah siasat dikeluarkan untuk menentukan berapa orang mangsa yang terlibat serta identiti mereka. Mangsa-mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain dan dibuang kira-kira lima hari lepas sebelum mayat terbabit dijumpai oleh pihak polis ditempat kejadian semalam.

Bahagian-bahagian badan tersebut akan dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. Menurut Afzanizar, kes sidang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana polis percaya ia berkaitan dengan kes pembunuhan dan sehingga kini pihak polis masih belum membuat sebarang tangkapan lagi.

Sumber : Bernama

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas