Connect with us

Oh! Media

Pihak PLUS Telah Menyamak dan Membersihkan Bilik Tukar Lampin Bayi

Umum

Pihak PLUS Telah Menyamak dan Membersihkan Bilik Tukar Lampin Bayi

Sebelum ini telah tular satu gambar dan video menunjukkan seorang wanita yang tidak bertanggungjawab telah memandikan anjing peliharaannya di bilik tukar lampin bayi di Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah selatan sehingga menimbulkan perasaan marah orang ramai.

ADVERTISEMENT

Video rakaman sepanjang 16 saat itu telah tersebar dan terlihat seorang wanita dewasa sedang memandikan anjing bewarna hitam menggunakan syampu di bilik berkenaan yang sepatutnya digunakan khas untuk menukar lampin bayi.

Kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu telahpun ditegur oleh pekerja PLUS dan beberapa orang awam, namun tidak diendahkan oleh wanita berkenaan.

Susulan kejadian tersebut, PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataan di dalam media sosialnya hari ini menjelaskan, pihaknya telah mengambil tindakan segera menyamak dan membersihkan persekitaran bilik berkenaan dengan serta merta.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas