Connect with us

Oh! Media

Perompak Lif di Stesen MRT Dipenjara 18 Tahun dan 5 Sebatan

Umum

Perompak Lif di Stesen MRT Dipenjara 18 Tahun dan 5 Sebatan

Akhirnya seorang lelaki yang merupakan pembaiki pendingin hawa telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan lima sebatan selepas melakukan rompakan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang juga merupakan seorang pengurus bank.

ADVERTISEMENT

G Thinathayaalan melakukan rompakan itu di lif Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras pada Februari lalu dan pihak mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 18 Februari lalu.

Tertuduh yang memakai baju-T hitam didakwa melakukan rompak dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Lee Meei Shan, 48, dengan melarikan kad pengenalan, lesen memandu, dua kad ATM bank, dua kad kredit bank dan wang tunai RM400, di dalam lif Stesen MRT Taman Mutiara pada jam 6.45 pagi 14 Februari lalu.

Pada 14 Februari lalu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular melalui media sosial yang memaparkan seorang wanita dirompak dalam lif Stesen MRT Taman Mutiara.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas