Connect with us

Oh! Media

Perokok Hanya Dibenarkan Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan Dan Restoran

Umum

Perokok Hanya Dibenarkan Merokok 3 Meter Dari Kedai Makan Dan Restoran

Berikutan dengan larangan merokok di kawasan restoran yang akan berkuatkuasa januari depan, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, bagaimanapun larangan merokok itu menyatakan perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

ADVERTISEMENT

Katanya, peraturan baharu itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran perlu menaikkan tanda larangan merokok selain tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bilik khas merokok dan bekas membuang puntung rokok.

Walaubagaimanapun, pihak kementerian tidak akan mengambil tindakan terhadap penguasaha restoran sekiranya ada perokok yang berdegil.

Justeru, katanya pengusaha kedai makan dan restoran boleh menghubungi talian ‘hotline’ 03-388942530 yang beroperasi 24 jam untuk membuat aduan.

Kementerian turut mempunyai 5,008 pegawai kesihatan persekitaran yang boleh menguatkuasakan peraturan larangan merokok itu selain bantuan pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bakal dikuatkuasakan Januari tahun depan yang mana mereka melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas