Connect with us

Oh! Media

Perodua Aruz Sudah Boleh Ditempah Mulai Hari Ini

Umum

Perodua Aruz Sudah Boleh Ditempah Mulai Hari Ini

Syarikat PERODUA hari ini telah membuka tempahan bagai model SUV terbaru mereka iaitu Perodua Aruz yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

ADVERTISEMENT

Ini diumumkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata model SUV tujuh tempat duduk itu ditawarkan menerusi dua pilihan varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200.

“Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Turut menyumbang kepada penarafan lima bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini adalah ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Ciri ini terdapat pada kedua-dua varian.

“Selain itu, varian Advance dilengkapi sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang dipertingkatkan, dinamakan sebagai ASA 2.0.

“Pembaharuan ciri ini adalah pengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100km/j untuk Amaran Pra Pelanggaran dan 80km/j untuk sistem brek Pra-Pelanggaran,” katanya.

Oh!Media: Nampaknya perusahaan kereta keluaran Malaysia dilihat semakin baik dan kita sebagai rakyat Malaysia harus menyokong penuh keluaran negara ini. Jadi, korang pilih yang mana? SUV X70 Proton atau SUV Aruz Perodua?

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas