Connect with us

Oh! Media

Perkhidmatan Indonesia Ini Berminat Lebarkan Sayap Mereka Di Malaysia

20181130 go jek 1024x576jpeg

Umum

Perkhidmatan Indonesia Ini Berminat Lebarkan Sayap Mereka Di Malaysia

Nampaknya, kita berkemungkinan menerima satu lagi perkhidmatan penghantaran barangan seperti Grab iaitu Go-Jek yang berasal dari Indonesia yang kini sudah mula melebarkan perkhidmatan mereka ke Thailand dan Viernam.

Go-Jek yang cukup popular di Indonesia telah menawarkan perkhidmatan seru-pandu ini dengan menggunakan motosikal dan juga telah memiliki perkhidmatan kereta juga bagi pengangkutan, tempahan makanan dan sebagainya.


IKLAN

Memetik dari laporan MalayMail yang mendapatkan respon Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut telah mengesahkan bahawa pihak Go-Jek ada bertemunya dan menyatakan minat untuk memasuki pasaran Malaysia.

Namun, masih belum mengatahui keputusan kerajaan untuk membenarkan atau tidak setelah pihak kerajaan telah menetapkan peraturan untuk perkhidmatan seru-pandu dan masih belum ada apa-apa cadangan untuk membenarkan perkhidmatan berasaskan motosikal.

Perkara ini dilihat dari respon kerajaan terhadap perkhidmatan penghantaran barang berasaskan motosikal yang dilakukan anak tempatan iaitu Dego Ride yang dihalang kerana dilihat berisiko dan tidak baik untuk persekitaran bandar.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas