Connect with us

Oh! Media

7 Perkara Turn Off Yang Lelaki Malaysia Lakukan

Branded

7 Perkara Turn Off Yang Lelaki Malaysia Lakukan

Bila dating, orang lelaki ni biasanya akan tunjukkan diri mereka ni lain dari lain. Pendek kata, tak jadi diri sendiri sampai satu tahap yang perempuan terus rasa turn off tengok perkara-kara yang lelaki Malaysia ni suka lakukan.

1. Nafas Berbau

Ada yang jenis memang mulut busuk. Bukan mulut suka cakap benda tak elok pasal orang lain tapi memang jenis mulut yang berbau busuk sekaligus membuatkan nafas berbau. Tak ada orang perempuan yang suka lelaki nafas berbau ni. Samaada nafas berbau bangkai sebab tak gosok gigi atau hisap rokok, sebelum keluar dengan perempuan yang anda suka pastikan nafas berbau wangi. Makanlah gula-gula ke, atau berkumur dengan pencuci mulut. Atau pun bila bercakap tak payahlah nak dekat-dekat sangat konon-konon romantik.

2. Membangga Diri

Rata-rata perempuan lebih suka dengan lekaki yang merendah diri. Lagi bagus kalau anda tak payah cerita pun, biar perempuan tu tahu sendiri. Gerenti dia jadikan anda idola. Hehe. Ramai wanita yang mula-mula ok, tapi lama-lama timbul rasa meluat dengan lekaki yang suka membangga diri tak tentu pasal ni. Sembang je lebih padahal habuk pun tarak!

3. Tanya “Awak dah mam” instead of Awak Dah Makan

Kadang-kadang orang lelaki ni ingat cakap bahasa pasar anak-anak muda ni konon comel. Padahal perempuan yang dia suka tu belum tentu rasa itu comel. Lagi menyampah ada. So cara paling selamat jangan buat perkara turn off ala hipster macam ni dekat orang perempuan. Tanyalah dengan bahasa yang betul dan elok. Contohnya “Awak nak makan kat mana? Biar kita belanja” bukannya “Awak nak mamam kat manewwww? biar kitewwwww yang belanjeww”. Ingat dia budak tadika ke?

4. Suka compare girlfriend dengan ex-girlfriend

Move on bro! Ini perkara yang betul-betul turn off orang lelaki suka buat tapi tak perasan. Kalau dah ada awek baru tu tak payahlah nak beza-bezakan dia dengan awek lama. Tentulah dua-duanya berbeza sebab bukan orang yang sama jauh lagi kembar siam. Masing-masing ada perangai dan personaliti dia sendiri. Jadi terima pasangan baru tu seadaanya dan lupakan pasangan yang lama. Mana dah berlalu tu, biarlah dia pergi selamanya.

5. Still sayang & Tak boleh lupa Ex-GF

Ini pun sama lah dengan yang kat atas tadi. Dah ada pasangan baru, tak perlu nak ada rasa sayang atau tak boleh lupa dengan pasangan yang lama. Nama pun pasangan baru, jadi rileks la sama-sama bina memori baru yang indah. Lama-lama nanti terpadmalah segala memori dengan kekasih lama tu.

6. Berpolitik Tak Kena Tempat

Orang lelaki dan politik memang tak dapat dipisahkan. Kalau lepak mamak tu kalau bukan cerita pasal bola, kereta, atau perempuan, mesti akan cerita pasal politik. Apa yang turn-off nya bila keluar dating dengan awek pun dia boleh buka cerita pasal dunia politik kat Malaysia ni. Lagi teruk kalau itu first date. Come on, banyak kot topik yang lebih menarik. Kalau cerita pasal Doraemon pun lagi best dari nak berbual pasal politik dengan orang perempuan.

7. Cuba Menarik Perhatian

Kita mesti ada kawan yang sentiasa nak rasa diri dia lagi hebat dari orang lain. Sentiasa cuba menarik perhatian orang sekeliling sambil merendah-rendahkan orang lain. Lagi ketara bila ada orang perempuan yang dia suka. Mulalah lagi melampau-lampau perangainya. Contoh macam dalam video di bawah;




Bila dah over sangat cuba nak impress’kan orang perempuan, last sekali diri sendiri yang rasa malu. Itu antara perbuatan paling turn-off yang orang lelaki lakukan terutama bila dah desperate nak tangkap hati seseorang.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas