Connect with us

Oh! Media

Perintah Berkurung Bagi Beberapa Kawasan Sabah Dilanjutkan

Umum

Perintah Berkurung Bagi Beberapa Kawasan Sabah Dilanjutkan

Perintah berkurung yang dikenakan terhadap tujuh daerah di Timur Sabah diaporkan akan dilanjutkan sehingga 25 Februari ini yang sepatutnya berakhir pada hari esok.

ADVERTISEMENT

Ini dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah yang berkata perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 6 pagi itu termasuk kawasan perairai Tawau,, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Dalam tempoh itu juga, semua orang ramai dan awam di minta untuk kekal berada di dalam rumah dan orang luar juga tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan berkenaan.

“Perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan,” katanya.

Ia juga akan memudahkan pihak berkuasa untuk membuat pemantauan terhadap pergerakan bot keluar masuk dan timbulkan rasa selamat kepada pengusaha chelet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas