Connect with us

Oh! Media

Periksa Telefon Pasangan Secara Sembunyi Akan Dipenjara dan Didenda Lebih RM500 Ribu

Umum

Periksa Telefon Pasangan Secara Sembunyi Akan Dipenjara dan Didenda Lebih RM500 Ribu

Isteri-isteri di luar sana mesti ada yang pernah dan selalu periksa telefon suami kan? Ada juga yang periksa tanpa pengetahuan sebab mungkin was-was dengan kesetiaan passangan masing-masing. Di Malaysia mungkin hal ini tidak menjadi masalah, tapi adakah korang tahu kalau di Arab Saudi, korang boleh berdepan dengan hukuman penjara dan dendan sebanyak 500,000 Riyal atau RM557,961.80 jika didapati berbuat demikian.

ADVERTISEMENT

Dendan ini bukan hanya dikenakan ke atas isteri, namun turut dikenakan terhadap suami yang ditangkap mengintip ataupun memeriksa telefon bimbit pasangan bagi mencari bukti bahawa pasangan mereka berlaku curang.


Jika seseorang itu hanya memeriksa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut dan tidak menghantarnya atau merakam apa-apa informasi, hukuman yang dikenakan terhadap mereka akan diringankan.

Undang-undang ini sebenarnya termasuk dalam apa-apa jenayah yang melibatkan penggunaan komputer, telefon bimbit, serta kamera yang termaktub di dalam akta jenayah siber. Jadi adakah undang-undang ini turut perlu dikenakan terhadap pasangan suami isteri di Malaysia?

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas