Connect with us

Oh! Media

Pergelangan Tangan Fazura Melecur Akibat Terkena Minyak Panas

Oh! Artis

Pergelangan Tangan Fazura Melecur Akibat Terkena Minyak Panas

Uish! Terkejut betul bila tengok pergelangan tangan isteri kepada Fattah Amin iaitu Fazura melecur akibat terkena minyak panas tau. Perkongsian itu telah dibuat menerusi Instagram (IG) Story miliknya, @missfazura.

ADVERTISEMENT
Sumber: Astro Gempak

Mula-mula Fazura menunjukkan keadaan pergelangan tangannya yang tidak begitu serius tetapi lama-kelamaan tempat melecur yang dia kena tu siap ada gelembung dekat bahagian kulit gais! Walau bagaimanapun, beliau cuba merawat sendiri dengan memecahkan gelembung tersebut dan meletakkan minyak gamat.

Berkali-kali saya ajak Fattah ke hospital, tetapi bila difikirkan semula, ia lebih menakutkan. Tidak mengapa, kita positif sahaja, doa Insya-Allah sembuh tak lama lagi. Akhirnya saya terpaksa pecahkan juga gelembung itu, Mama hantar minyak gamat terus saya sapu banyak-banyak. Alhamdulillah dah kering walaupun masih sakit. Terima kasih buat semua yang cukup baik hati dan mengambil berat tentang saya, macam-macam petua saya dapat, Insya-Allah akan cuba satu per satu. Sayang anda semua kerana Allah, terima kasih doakan saya dan selalu sayang saya.

Alhamdulillah, kini pergelangan tangan beliau semakin baik. Fazura tidak mahu ke hospital kerana berasa takut dengan keadaan Malaysia dalam saat kritikal sekarang. Beliau juga berterima kasih kepada semua pengikutnya kerana mengambil berat dengan memberi pelbagai petua.

OHMEDIA: GET WELL SOON FAZURA!

Sumber: Instagram | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca doakan Fazura di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas