Connect with us

Oh! Media

Perancis Iktiraf Al-Haq – Naikkan Kemarahan Israel

Umum

Perancis Iktiraf Al-Haq – Naikkan Kemarahan Israel

Tindakan Perancis mengiktiraf B’Tselem dan Al-Haq ke atas kumpulan hak asasi manusia telah menaikkan kemarahan pegawai tertinggi Israel.

ADVERTISEMENT

Anugerah berprestij Hadiah Hak Asasi Manusia Republik Perancis 2018 itu berlangsung di Kementerian Kehakiman di Paris, sebagai mengiktiraf dan menghargai usaha aktivis dalam mempromosikan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, Menteri Kebudayaan Israel Miri Regev menyelar B’Tselem dan melabelkan kumpulan itu sebagai ‘kuda trojan’.

Untuk pengetahuan, B’Tselem merupakan kumpulan hak asasi manusia dari Israel, manakala Al-Haq adalah kumpulan hak asasi bagi rakyat Palestin.

“Mereka (B’Teselem) harus berasa malu kerana menerima anugerah itu dengan Al-Haq.

“Amat jelas mereka menentang Israel dan IDF (Pasukan Pertahanan Israel).

“Organisasi ini mesti dinafikan dan kegiatan mereka dihentikan,” katanya.

Timbalan Menteri Israel, Michael Oren pula menuduh Perancis mengiktiraf kumpulan yang mempromosikan perasaan anti-Semantik.

Sementara itu, Pengarah Al-Haq, Shawan Jabarin berkata penganugerahan itu sebagai penyuntik semangat untuk mereka terus berjuang demi keadilan dan masa depan lebih cerah di bumi Palestin.

Sumber: Middle East Monitor

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas