Connect with us

Oh! Media

Perakam Video Akui Tak Senang Duduk Setelah Mendapat Tahu Kes Sedang Disiasat

Umum

Perakam Video Akui Tak Senang Duduk Setelah Mendapat Tahu Kes Sedang Disiasat

Tukang rakam perbuatan merosakkan barang makanan di sebuah kedai serbaneka oleh sekumpulan remaja semalam mengakui mula tidak senang duduk apabila video itu tular dan dikecam hebat di media sosial. Luqman Haqim memberitahu, dia dan rakan-rakan berusaha menjernihkan keadaan. dengan meminta maaf.


“Mula-mula tu memang rasa kelakar. Tapi bila dia dah buka minuman tu, kami pun tegur dan marah dia. Harap Family Mart dapat maafkan kesalahan bodoh tak bertempat tu. Kami ada lebih kurang lima ke enam orang masa tu, tapi seorang je yang buat. Sebenarnya masa tu nak beli oden, tapi barisan panjang. Kami bosan, kemudian berlakulah kejadian tu,” jelasnya.

Luqman memberitahu, setakat ini dia belum menerima sebarang maklumat mengenai dia dicari pihak polis untuk membantu siasatan. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar dipetik Harian Metro sebagai berkata, pengurus premis berkenaan membuat laporan polis pada jam 11.20 malam.
Sumber : New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Youtube Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas