Connect with us

Oh! Media

Penyokong Liverpool Dikejutkan Dengan Harga Tiket Naik Mendadak Ke Madrid

Umum

Penyokong Liverpool Dikejutkan Dengan Harga Tiket Naik Mendadak Ke Madrid

Nampaknya kegembiraan yang dialami penyokong pasukan Liverpool selepas berjaya membuat kejutan menewaskan Barcelona 4-0 (aggregate 4-3) tidak bertahan lama, apabila mereka hadapai masalah baharu apabila harga tiket penerbangan ke Madrid naik mendadak dan habis ditempah.

ADVERTISEMENT

Kenaikan mendadak itu dapat dilihat pada harga tiket dewasa bagi penerbangan sehala ke Kota Madrid sehari sebelum perlawanan akhir pada 1 Jun naik kepada £750 RM4,125.


Kenaikkan harga tiket penerbangan itu ada kaitan dengan ribuan tempahan yang diterima menerusi belian dalam talian sejurus perlawanan separuh akhir kedua itu tamat pagi tadi.

Harga biasa dari Liverpool ke Madrid pada Jumaat iaitu sehari sebelum final dengan cepat naik kepada £600 (RM3,300) bagi perjalanan sehala tetapi 10 minit kemudian harga berkenaan mencanak kepada £750 bagi dewasa.

Ketika berita ini ditulis, semua penerbangan terus dari Liverpool ke Madrid sudah habis ditempah dan peminat England yang ingin ke sana perlu mencari pengangkutan alternatif.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas