Connect with us

Oh! Media

Penyerang Muda Hadi Sah Milik Fagiano Okayama

hadi fayyadhjpg

Umum

Penyerang Muda Hadi Sah Milik Fagiano Okayama

Hadi Fayyadh Abdul Razak penyerang skuad Bawah 19 tahun (B-19) kini telah menandatangani kontrak bersama pasukan itu di Pusat Latihan Masada, Okayama dan buat kali kedua ke Fagiano Okayama nyata berbaloi selepas dia sah ‘melekat’ sebagai pemain baharu pasukan itu.

Pasukan yang beraksi dalam Divisyen Dua Liga Jepun (J2) itu serius mendapatkan khidmatnya apabila menawarkan kontrak selama setahun setelah menjalani dua sesi latihan bersama mereka pada September dan November lalu.

“Alhamdulillah saya berasa sangat gembira kerana berjaya menempatkan diri dalam kelab ini. lni adalah satu permulaan yang baik bagi saya untuk meningkatkan kemahiran diri.

IKLAN

“Sebagaimana yang kita tahu, Jepun adalah antara pasukan bola sepak yang terbaik di Asia dan mempunyai program pembangunan bola sepak yang tersusun.

“Jadi, saya akan menggunakan kepercayaan yang diberikan Fagiano Okayama dengan sebaiknya dan sasaran saya adalah untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Dalam masa sama, penyerang berusia 18 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Yakult Malaysia Sdn Bhd yang menjadi tulang belakang dengan usaha mereka membantunya mendapatkan tempat di Jepun.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas