Connect with us

Oh! Media

Penyekatan Kemasukan Pelancong China Akan Jejaskan Kempen Melawat Malaysia 2020?

Umum

Penyekatan Kemasukan Pelancong China Akan Jejaskan Kempen Melawat Malaysia 2020?

Biarlah terjejas macam mana sekalipun, asalkan rakyat Malaysia terselamat dari terkena wabak penyakit yang membahayakan di luar sana. Berikutan dengan penyebaran virus corona misteri ini, kempen Melawat Malaysia 2020 nampaknya akan terjejas dari target yang telah ditetapkan kerajaan.

ADVERTISEMENT

Ini samalah seperti apa yang berlaku pada tahun 2003 apabila China telah mengalami sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan kebanyakan pelancong yang telah merancang untuk ke Malaysia telah membatalkan semua perjalanan mereka.

Ini akan menjejaskan ekonomi sekurang-kurangnya pada separuh pertama 2020. Seperti penularan wabak virus SARS pada 2003, kami menjangkakan kerajaan akan mengambil langkah monetari dan fiskal awal bagi menyokong sektor pelancongan serta sektor pengangkutan dan runcit memandangkan impaknya akan mencetuskan risiko defisit fiskal dan nisbah hutang yang lebih tinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Berdasarkan tahap penularan virus itu, terutama ketika aktiviti perjalanan memuncak sempena cuti Tahun Baharu Cina, kami melihat tahap kebimbangan telah meningkat dalam kalangan pengguna, yang berpotensi akan memberi kesan limpahan kepada ekonomi.– Kata Kenanga dari firma penyelidikan dalam nota kajiannya.

Bagi Ohmedia, sekiranya virus ini tidak dapat dibendung dan terlepas masuk ke dalam negara, ianya pasti akan lebih merugikan negara kerana lebih banyak negara akan membatalkan percutian mereka ke Malaysia.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas