Connect with us

Oh! Media

Penjualan Tiket Final Kedua Malaysia, Vietnam Di Hanoi Telah Ditutup

malaysia vs vietnam imbang 662782 1jpg

Umum

Penjualan Tiket Final Kedua Malaysia, Vietnam Di Hanoi Telah Ditutup

Penjualan tiket bagi perlawanan pusingan kedua Final Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam telah ditutup pada tengah malam tadi.

Ia dinyatakan oleh FAM melalui laman Facebook bahawa sebarang pembelian yang dibuat selepas tempoh berkenaan, tidak akan diproses dan disahkan.

Badan induk turut berterima kasih kepada penyokong skuad Harimau Malaya yang sudah membeli tiket menerusi mereka untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.

IKLAN

“Sokongan anda sangat dinanti-nantikan bagi menyemarakkan lagi semangat para pemain Harimau Malaya dalam memburu kemenangan di Hanoi untuk menjulang trofi kejuaraan itu,” jelas FAM.

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) sebelum ini memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket kepada penyokong Malaysia untuk aksi kedua Piala AFF di Hanoi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas