Connect with us

Oh! Media

Penjualan Proton X70 Meningkat Pada Bulan Lalu

Umum

Penjualan Proton X70 Meningkat Pada Bulan Lalu

Proton X70 terus mencatatkan rekod bagi SUV segmen C paling tinggi didaftarkan dalam tempoh sebulan dengan 2,777 unit didaftarkan pada Januari lalu.

ADVERTISEMENT

Peningkatan sebanyak 33.6 peratus itu berjaya dicatatkan pada Januari lalu apabila dibandingkan pada tahu ke tahun, angka berkenaan mewakili pertumbuhan sebanyak 46.5 peratus berbanding Januari tahun lalu.

Ia sekali gus menjadikan PROTON Holdings Bhd mendahului pasaran dalam kadar pertumbuhan bagi jenama automotif antara ketiga yang teratas.

Satu lagi pencapaian pengeluar kereta nasional itu yang mendahului industri adalah dalam jumlah kemudahan yang ada pada cawangan 3S/4S.

Sehingga akhir bulan ini, terdapat 74 cawangan PROTON 3S/4S dan pengedar beroperasi dan akan lebih banyak cawangan dibuka sepanjang tahun ini.

Cawangan akan bergandingan membantu PROTON dalam mencapai Indeks Perkhidmatan Jualan (SSI) dan Indeks Perkhidmatan Pelanggan (CSI) mencapai sasarannya.

Sumber: Metro

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas