Connect with us

Oh! Media

Pengusaha Restoran Lakukan Demonstrasi Bantah Zon Larangan Merokok

large kawasan 26188eca8509fcfd879ca35916ffe3dcjpg

Umum

Pengusaha Restoran Lakukan Demonstrasi Bantah Zon Larangan Merokok

Baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan akan menjadikan kawasan restoran awam sebagai kawasan larangan merokok yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesan dari itu, ia menimbulkan kemarahan pengusaha restoran dan kedai. Tiga persatuan yang mewakili 20,000 pengusaha restoran negara ini telah berdemonstrasi secara aman di depan bangunan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) untuk membantah larangan tersebut.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan MSCSPGA menganggap keputusan kerajaan seakan tidak menghormati hak mereka sebagai pemilik perniagaan.

IKLAN

Mereka bukan mahukan hak pelanggan perokok, sebaliknya hak menyediakan dua tempat bagi golongan yang merokok dan tidak.

Pada pendapat kami, kerajaan perlulah meluluskan permohonan pengusaha restoran untuk menyediakan ruangan khas merokok di premis makanan. Namun, golongan perokok perlulah sentiasa mempunyai sikap toleransi dan turut menghormati hak orang awam yang tidak merokok dan mahukan persekitaran awam yang bebas dari asap rokok terutamanya semasa menikmati hidangan di restoran atau warung makan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas